HTC Wildfire X Dilancarkan Dengan Cip Snapdragon Mediatek Helio P22

TechnologyDigital
14 Aug 2019 • 3:34 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

HTC kembali ke pasaran India dengan pelancaran HTC Wildfire X hari ini. Peranti kelas pertengahan ini dilengkapi skrin sebesar 6.22″ LCD, dijana cip MediaTek Helio P22, memori sehingga 4GB RAM dan storan sehingga 128GB.

image is not available
Spesifikasi kamera utama pula ialah 12+8+5 Megapixel menggabungkan lensa sudut lebar, zum optikal 2X dan pengesan kedalaman. Pada bahagian hadapan pula sebuah kamera 8-Megapixel digunakan terletak pada takuk kecil di permukaan skrin. Bateri yang digunakan pula sebesar 3300 mAh yang dicas menggunakan port USB-C.

Wildfire X dilancarkan di India dengan aksesori khas MyBuddy yang membolehkan pengguna dijejak di dalam situasi kecemasan seperti penculikan atau digunakan untuk menjejak lokasi peranti sekiranya ia hilang. Di India HTC Wildfire X dijual pada harga bermula INR9999 (~RM588) sebuah.