Ira Kazar bakal fail saman terhadap Jawi

23 Mar 2023 • 9:42 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Syamsul Yusof, Ira Kazar.

SHAH ALAM - Ira Kazar atau nama sebenar, Faghirah Fatini Kazaruddin bakal mengambil tindakan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berikutan pendedahan pihak tersebut terhadap tuduhan persetubuhan luar nikah sebelum berkahwin kepada umum.

Menurut peguam, Ammar Ghalip yang mewakili Ira, pihaknya bakal memfailkan saman terhadap Jawi kerana pendedahan yang dibuat oleh pihak tersebut kepada masyarakat.

“Berkenaan dengan kenyataan Puteri Sarah mengenai siasatan-siasatan daripada Jawi itu, ia masih belum selesai dan dalam siasatan lagi.

“Isu berkenaan masih disiasat dan terdapat perkara yang boleh dipersoalkan. Jadi, tindakan undang-undang telah pun diambil kepada Jawi,” katanya pada Rabu.

Pada Rabu media melaporkan Syamsul Yusof, menafikan dakwaan isteri pertamanya, Puteri Sarah bahawa dia melakukan persetubuhan luar nikah sebelum berkahwin dengan isteri, Ira Kazar.

Menurutnya, dia tidak pernah melakukan persetubuhan luar nikah seperti yang didakwa dan turut mempersoalkan ketelusan Jawi.

Dalam pada itu, Ira berkata, akan menyaman pihak Jawi pada minggu hadapan berikutan pendedahan kesnya kepada umum.

“Ira akan saman Jawi. Minggu depan kami akan failkan saman," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved