Ira Kazar Nyanyi Lagu Kesetiaan Undang Perhatian Ramai

LocalEntertainment
2 Oct 2024 • 9:03 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Aliff Syukri Ira Kazar

Usahawan, Datuk Aliff Syukri memuat naik satu video berduet bersama bekas isteri kepada pengarah, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar telah mencuri perhatian ramai.

Menerusi Instagram, mereka berdua dilihat sedang menyanyikan lagu Kesetiaan nyanyian asal Allahyarham Siti Sarah. Aliff juga sempat berseloroh yang Ira cuba untuk merampas gelaran ‘Penyanyi nombor 1’ dia.

Nampak gayanya ada artis cuba merampas takhta saya sebagai artis nombor satu. Tak apa kita kasi ruang kat Ira Kazar berduet dengan saya. Suara siapa lagi sedap, ikhlas ya awak.

Kalau korang tengok ruangan komen, ramai yang terhibur dengan mereka berdua.

Bukan tu jer, ada juga yang memuji suara Ira Kazar yang sedap didengari apabila menyanyikan lagu popular itu.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Aliff Syukri