Perang Asia Barat sudah berlarutan lebih sebulan dengan ribuan nyawa terkorban termasuk kanak-kanak sekolah. Ia masih belum menunjukkan akan berakhir dengan Iran, Israel dan Amerika Syarikat enggan mengaku kalah dengan ia kini memasuki fasa menyerang syarikat yang dilihat membantu meneruskan peperangan.

Semalam Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) mengumumkan akan menyerang pejabat 18 syarikat yang didakwa membantu pihak tentera Amerika Syarikat dan Israel melakukan serangan ke atas negara mereka. Antara yang dinamakn menjadi sasaran ialah Apple, Google, Meta, Microsoft, HP, Intel, IBM, Cisco, Tesla, NVIDIA, Oracle, JP Morgan, dan Boeing.
Kesemua syarikat mempunyai pejabat di Jerusalem, Tel Aviv dan Abu Dhabi yang boleh dicapai peluru berpandu balistik Iran. Serangan akan dimulakan pada jam 8 malam waktu Iran hari ini.
IRGC berkata institusi utama yang terlibat dalam aktiviti pengganas akan dianggap sebagai sasaran yang sah. Mereka menasihatkan pekerja institusi ini untuk segera meninggalkan tempat kerja mereka bagi melindungi nyawa mereka. Penduduk dalam lingkungan satu kilometer dari pejabat syarikat ini juga digesa berpindah ke lokasi yang selamat.

