Iran ancam balas dendam selepas Ukraine serang kapal

WorldPolitics
27 Jul 2026 • 6:33 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Iran ancam balas dendam selepas Ukraine serang kapal

TEHERAN: Kementerian Luar Iran pada Isnin memberi amaran bahawa akan berlaku akibat yang tidak dapat dijangka susulan serangan Ukraine ke atas sebuah kapal Iran di Laut Caspian pada hujung minggu lalu.

“Tindakan Ukraine ini merupakan satu perbuatan yang sama sekali menyalahi undang-undang dan tidak boleh dibenarkan, bertentangan dengan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), selain satu tindakan berbahaya yang bersifat pengembaraan politik. Sudah tentu (ia) tidak akan dibiarkan tanpa tindak balas daripada kami,” kata jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baqaei, dalam sidang media mingguan.

“Rejim Ukraine sudah tentu mesti dipertanggungjawabkan atas tindakan itu,” katanya.

Teheran sebelum ini mengutuk tindakan Ukraine melancarkan serangan terhadap sebuah kapal komersial di Laut Caspian dan menambah bahawa letupan tersebut mengorbankan seorang pelaut dan mencederakan seorang yang lain.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky turut mengakui serangan berkenaan dan mendakwa kapal Iran tersebut digunakan untuk mengangkut kargo tentera bagi pihak Russia.

Menerusi satu hantaran di platform X, Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi berkata, Zelensky telah menyerang sebuah kapal komersial Iran, mengorbankan seorang pelaut.

Teheran membidas serangan ke atas kapalnya sebagai satu tindakan pencerobohan dan menegaskan akan mempertahankan kepentingan serta keselamatan nasionalnya dengan menuduh Kyiv cuba meluaskan skop peperangan Ukraine.

Kementerian Luar Iran turut memanggil pemangku kuasa Ukraine di Teheran bagi menyampaikan bantahan rasmi berhubung serangan yang disifatkan sebagai bermusuhan dan jenayah itu.- AGENSI

The post Iran ancam balas dendam selepas Ukraine serang kapal appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved