Iran bertindak balas serang kapal ada kaitan AS

WorldPolitics
6 Sep 2026 • 11:43 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Iran bertindak balas serang kapal ada kaitan AS

TEHERAN: Kor Pengawal Revolusi Iran pada Sabtu berkata mereka telah menyerang beberapa kapal, termasuk yang didakwa mempunyai kaitan dengan Amerika Syarikat (AS), sebagai tindakan balas terhadap serangan Amerika ke atas kapal tangki Iran pada hari yang sama.

Merujuk kepada serangan yang berlaku pada sebelah pagi, Kor Pengawal Revolusi berkata, pasukan tentera lautnya kemudian telah menyasarkan tiga kapal tangki minyak yang melalui laluan tidak dibenarkan di Selat Hormuz.

Ia berkata, tiga kapal yang mempunyai kaitan dengan Amerika yang membunuh kanak-kanak di kawasan lain turut diserang sambil memberi amaran kepada kapal-kapal lain supaya tidak cuba melalui laluan yang tidak diluluskan.

Sebelum ini, Teheran berikrar untuk melancarkan serangan balas yang lebih dahsyat terhadap kapal tentera laut AS sekiranya Washington meneruskan serangan terhadap kapal-kapal Iran.

Ikrar itu dibuat beberapa jam selepas Markas Pusat Amerika (CENTCOM) berkata, pihaknya telah memusnahkan tiga kapal tangki Iran.

“Pasukan tentera Amerika yang pengganas itu diberi amaran bahawa jika tindakan jahat, usaha mencetuskan ketidakamanan dan gangguan terhadap kapal-kapal Iran dan sekatan laut  berterusan, serangan angkatan bersenjata Republik Islam Iran terhadap kapal-kapal tentera AS di rantau ini akan lebih dahsyat berbanding sebelum ini dan berkemungkinan diperluaskan,” kata Markas Pusat Khatam al-Anbiya. – AFP

 

The post Iran bertindak balas serang kapal ada kaitan AS appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved