Iran Dakwa Serang Kapal Tangki Minyak AS

WorldPolitics
5 Mar 2026 • 4:30 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Iran Dakwa Serang Kapal Tangki Minyak AS

Tehran - Stesen televisyen rasmi Iran mendakwa sebuah kapal tangki minyak milik Amerika Syarikat (AS) telah diserang peluru berpandu negara berkenaan, lapor AFP.

Serangan berkenaan dilapor berlaku pada Khamis di perairan Teluk.

Menurut laporan itu, serangan berkenaan merupakan tindakan terbaharu Iran yang menyasarkan industri tenaga di rantau tersebut.

Baca juga:

Pengawal Revolusi Iran dalam satu kenyataan yang disiarkan televisyen negara berkata, kapal tersebut ditembak menggunakan peluru berpandu di utara Teluk Parsi.

“Kini ia sedang terbakar,” katanya.

Bagaimanapun, insiden berkenaan masih belum disahkan.

Difahamkan, perkembangan itu berlaku ketika pihak Pengawal Revolusi Iran turut mendakwa mereka kini mempunyai kawalan penuh ke atas Selat Hormuz.

Selat Hormuz yang menghubungkan Teluk dengan Lautan Hindi merupakan laluan penting bagi penghantaran minyak serta transit gas dunia.

Berita lanjut menyusul.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved