Iran Keluar Amaran Berhubung Selat Hormuz Selepas Trump Umum Rancangan Sekatan Laut

WorldPolitics
13 Apr 2026 • 8:24 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Iran Keluar Amaran Berhubung Selat Hormuz Selepas Trump Umum Rancangan Sekatan Laut

TEHRAN, 12 April (Bernama) -- Markas Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) pada Ahad memberi amaran bahawa sebarang “silap langkah” di Selat Hormuz akan memerangkap musuhnya dalam “pusaran maut”, menurut saluran berita Sepah News yang bergabung dengan IRGC, lapor Xinhua.

Markas Tentera Laut itu menyatakan bahawa dron Iran sedang memantau selat berkenaan secara masa nyata dan menambah bahawa semua pergerakan di kawasan itu berada di bawah “kawalan penuh” angkatan tentera Iran.

Kenyataan itu dibuat sejurus selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata Tentera Laut AS akan mula menyekat kapal yang cuba memasuki atau keluar dari Selat Hormuz, menurut hantaran di platform Truth Social miliknya. Trump berkata langkah itu akan berkuat kuasa “serta-merta”.

Baca juga:

View Original Article