Iran Lapor Serangan Baharu Israel Ke Atas Kemudahan Nuklear Fordow

WorldPolitics
23 Jun 2025 • 10:10 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Iran Lapor Serangan Baharu Israel Ke Atas Kemudahan Nuklear Fordow

ISTANBUL, 23 Jun (Bernama) — Israel melancarkan serangan udara terbaharu ke atas tapak nuklear Fordow, selatan ibu negara Iran, Tehran pada Isnin, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik media Iran.

“Beberapa ketika lalu, musuh sekali lagi menyerang tapak nuklear Fordow,” kata jurucakap Ibu Pejabat Pengurusan Krisis Wilayah Qom.

Agensi Berita separa rasmi Tasnim mengesahkan serangan ke atas tapak itu tanpa memberikan butiran mengenai tahap kerosakan.

Serangan itu berlaku sehari selepas tentera Amerika Syarikat (AS) mengebom tiga tapak nuklear di Fordow, Natanz dan Isfahan.

Israel dan Iran telah terlibat dalam pertempuran udara sejak 13 Jun apabila Tel Aviv melancarkan serangan mengejut ke atas beberapa lokasi di seluruh Iran termasuk kemudahan ketenteraan dan nuklear, sehingga mendorong Tehran melancarkan serangan balas.

Menurut Kementerian Kesihatan Iran, sekurang-kurangnya 430 orang terbunuh manakala lebih 3,500 lagi cedera dalam serangan Israel itu.

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved