
TEHERAN – Situasi tegang dilaporkan berlaku di Selat Hormuz apabila Kor Pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) didakwa mengunci 16 peluru berpandu kruis ke arah kapal perang Tentera Laut Amerika Syarikat dalam satu insiden berprofil tinggi, minggu lalu.
Menurut laporan eksklusif Press TV, insiden berkenaan berlaku pada 11 April dan didedahkan selepas siasatan lanjut dijalankan terhadap konfrontasi tersebut.
Siasatan mendapati dua kapal pemusnah AS iaitu USS Michael Murphy (DDG-112) dan USS Frank E. Peterson (DDG-121) didakwa gagal mematuhi amaran awal yang dikeluarkan oleh pasukan laut Iran.
Amaran Keras Diberikan, Peluru Berpandu Dikunci
Susulan itu, Tentera Laut IRGC dilaporkan bertindak tegas dengan mengunci sebanyak 16 peluru berpandu kruis ke arah kedua-dua kapal berkenaan sebagai amaran serius.
Menurut laporan sama, pihak Iran turut memberi kata dua bahawa peluru berpandu tersebut akan dilancarkan sekiranya kapal perang AS tidak berundur dari kawasan berkenaan dalam tempoh beberapa minit.
AS Minta Masa, Berundur Segera
Difahamkan, pihak tentera AS yang percaya serangan mungkin dilancarkan telah meminta tempoh penangguhan selama 15 minit daripada Iran.
Tempoh itu dipercayai digunakan untuk memaklumkan situasi kepada pihak atasan serta mendapatkan arahan lanjut sebelum membuat keputusan.
Insiden tegang tersebut dilaporkan berlangsung kurang daripada sejam, dengan keadaan berjaya dikawal tanpa sebarang tembakan dilepaskan.
Bagaimanapun, situasi hanya reda selepas kedua-dua kapal pemusnah AS berundur secara tergesa-gesa dari Selat Hormuz. – The Malaysian Update
The post Iran ‘Lock’ 16 Peluru Berpandu Ke Arah Kapal Perang AS, Situasi Tegang Di Selat Hormuz appeared first on The Malaysian Update.

