Iran Mengembalikan Semula Akses Internet Antarabangsa Selepas 87 Hari Disekat

WorldTechnology
26 May 2026 • 9:55 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Iran Mengembalikan Semula Akses Internet Antarabangsa Selepas 87 Hari Disekat

Presiden Masoud Pezeshkian mengarahkan pembukaan semula akses internet antarabangsa selepas hampir 87 hari disekat akibat perang dengan Amerika Syarikat dan Israel. Sejak hampir tiga bulan lalu, rakyat Iran tidak dapat mengakses internet global, kecuali segelintir yang mampu menggunakan VPN mahal untuk memintas sekatan atau mempunyai terminal StarLink yang diseludup.

Image from: Iran Mengembalikan Semula Akses Internet Antarabangsa Selepas 87 Hari Disekat

Cara dan masa sebenar sambungan global akan dipulihkan masih tidak diketahui menurut laporan media Iran. Sekatan internet pada asalnya bermula 8 Januari selepas protes besar-besaran anti-kerajaan dilakukan. Akses dikembalikan secara berperingkat pada Februari, tetapi dipotong sekali lagi selepas serangan Amerika Syarikat dan Israel pada 28 Februari menerusi Operasi Epic Fury.

Sekatan internet antarabangsa yang dilakukan oleh Iran ialah tempoh paling panjang pernah dilakukan di seluruh negara. Rekod halangan internet antarabangsa paling lama pula ialah selama 552 hari melibatkan hanya kawasan Jammu dan Kashmir, India antara Ogos 2019 hingga Mac 2020. Dalam kedua-dua situasi, menjaga keselamatan negara daripada pengaruh luar dijadikan sebab sekatan dikenakan.

[sumber] Reuters [/sumber]