Iran Mulakan Skala Perang Penuh Hadapi Amerika Syarikat

WorldPolitics
22 Jul 2026 • 12:02 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Iran mengesahkan negara itu kini berada dalam perang berskala penuh dengan Amerika Syarikat selepas konflik di Timur Tengah kembali memuncak sejak beberapa bulan lalu.

Situasi itu bukan sahaja meningkatkan ketegangan di rantau berkenaan, malah turut memberi kesan kepada laluan perdagangan minyak dunia apabila sekutu Iran, kumpulan Houthi di Yaman, mengumumkan rancangan untuk menyekat pelabuhan Arab Saudi.

Presiden Iran sahkan perang skala penuh

iran

Presiden Iran, Masoud Pezeshkian berkata Republik Islam itu kini benar-benar terlibat dalam perang berskala penuh dengan Amerika Syarikat. Kenyataan tersebut dibuat selepas beberapa lokasi di utara dan tengah Iran dilaporkan menjadi sasaran serangan AS pada Isnin.

Hakikatnya, hari ini Republik Islam Iran sedang terbabit dalam perang berskala penuh.- Katanya.

Dalam perkembangan sama, Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mengesahkan pihaknya menyerang beberapa sasaran di Bahrain, Jordan dan Syria yang didakwa mempunyai kaitan dengan aset Amerika Syarikat.

Houthi ancam sekat pelabuhan Arab Saudi

iran

Sekutu Iran di Yaman, kumpulan Houthi turut mengumumkan sekatan terhadap pelabuhan Arab Saudi. Langkah itu dijangka memberi kesan kepada keupayaan Riyadh mengeksport sebahagian minyak tanpa melalui Selat Hormuz.

Sebelum ini, Arab Saudi masih mampu meneruskan eksport minyak menerusi Pelabuhan Yanbu di Laut Merah walaupun berdepan gangguan di Selat Hormuz.

Ketegangan jejas pasaran minyak dunia

iran

Konflik kembali memuncak selepas gencatan senjata pada April dan perjanjian rangka kerja pada Jun gagal dipertahankan. Keadaan itu menyebabkan harga minyak melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh sebulan.

Beberapa kapal turut dilaporkan diserang, terbakar dan meletup di Selat Hormuz berdasarkan kenyataan IRGC serta Operasi Perdagangan Maritim British.

Dalam masa sama, konflik terbaharu itu dilaporkan telah mengorbankan 17 anggota tentera Amerika Syarikat, termasuk tiga kematian di Jordan dan Iraq.

The post Iran Mulakan Skala Perang Penuh Hadapi Amerika Syarikat appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved