Iran, Oman Buka Koridor Sementara Di Selat Hormuz

WorldPolitics
29 Aug 2026 • 11:23 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Iran dan Oman kini membuka satu laluan sementara di Selat Hormuz bagi memastikan pergerakan kapal masih dapat diteruskan.

Koridor itu akan melalui kawasan perairan kedua-dua negara dan diuruskan secara bersama, sementara perkembangan seterusnya bergantung kepada hubungan serta persefahaman Iran dengan Amerika Syarikat.

Koridor baharu Iran – Oman sudah ditetapkan

Image from: Iran, Oman Buka Koridor Sementara Di Selat Hormuz
Kredit Foto: Astro Awani

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran, Mejar Jeneral Mohsen Rezaei berkata lokasi laluan tersebut sudah dikenal pasti dengan jelas.

Sebahagian koridor itu berada dalam perairan Iran, manakala selebihnya melalui perairan Oman. Kedua-dua negara akan bersama-sama menguruskan proses kapal keluar dan masuk melalui laluan berkenaan.

Perkara itu telah ditetapkan dan lokasi koridor sudah ditentukan dengan jelas.- Katanya.

Menurut Rezaei, sekiranya Amerika Syarikat memenuhi syarat yang ditetapkan Iran, laluan di Selat Hormuz boleh dibuka semula dengan lebih meluas.

Sekiranya pihak Amerika Syarikat melaksanakan syarat-syarat kami dan bertindak sewajarnya, serta Selat Hormuz dibuka semula susulan pematuhan mereka, kapal-kapal akan melalui laluan baharu ini.- Katanya.

Masa depan laluan bergantung kepada AS

iran

Iran ketika ini menyediakan beberapa syarat untuk dikemukakan kepada Washington, termasuk perkara berkaitan usaha menamatkan konflik di Asia Barat khususnya di Lubnan dan Gaza.

Buat sementara waktu, hanya koridor terhad dibenarkan beroperasi di bahagian tengah Selat Hormuz.

Rezaei turut menegaskan isu laluan tersebut berkait rapat dengan konflik serantau dan hubungan antara Iran serta AS yang masih berdepan masalah kepercayaan.

Menurutnya, Washington perlu “membuktikan kesungguhannya” dalam melaksanakan komitmen yang dituntut sebelum kepercayaan antara kedua-dua pihak boleh dibina semula.

The post Iran, Oman Buka Koridor Sementara Di Selat Hormuz appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved