Iran sedia jadi pengantara Arab Saudi-Houthi

WorldPolitics
12 Oct 2026 • 9:30 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Iran sedia jadi pengantara Arab Saudi-Houthi

TEHERAN: Iran pada Isnin menyatakan kebimbangan mendalam terhadap peningkatan serangan antara kumpulan Houthi di Yaman yang disokong Teheran dengan Arab Saudi, selepas 14 orang terbunuh dalam serangan selama dua hari ke atas lapangan terbang Riyadh.

“Kami amat bimbang dengan perkembangan yang berlaku di Semenanjung Arab,” kata jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baqaei, pada sidang media mingguan, sambil menambah bahawa Teheran bersedia membantu memudah cara dialog antara pihak terbabit.

Serangan Houthi ke atas lapangan terbang antarabangsa Riyadh pada Ahad mengorbankan seorang dan mencederakan 11 yang lain, sehari selepas 13 orang terbunuh dalam serangan paling dahsyat di bumi Arab Saudi dalam tempoh lebih sedekad.

“Kami sama sekali tidak mahu permusuhan dan perang berterusan antara dua negara Islam,” kata Baqaei, sambil menggesa pihak terbabit menyelesaikan keadaan itu menerusi dialog dan perbincangan.

Houthi merupakan sebahagian daripada Paksi Penentangan yang disokong Iran, iaitu rangkaian kumpulan yang menentang Israel, termasuk Hizbullah di Lubnan dan kumpulan bersenjata Syiah di Iraq.- AFP

 

The post Iran sedia jadi pengantara Arab Saudi-Houthi appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved