Iran serang pangkalan tentera Amerika

WorldPolitics
31 Aug 2026 • 10:44 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Iran serang pangkalan tentera Amerika

WASHINGTON – Iran menyerang sasaran tentera Amerika Syarikat(AS) di Jordan sebagai membalas serangan pertama Amerika di wilayahnya dalam tempoh sebulan.

Pengawal Revolusi Tehran berkata, mereka menyerang dua pangkalan udara tentera AS dengan peluru berpandu balistik di Jordan yang merupakan sekutu Washington, menyebabkan ‘kerosakan teruk.’ 

Tentera Jordan mengesahkan telah memintas lapan peluru berpandu, tanpa menyatakan dari mana asalnya.

Serangan itu berlaku selepas AS berkata semalam bahawa ia telah menyerang pelancar roket Iran di sebuah pulau kecil di Selat Hormuz.

“Tentera  AS melancarkan serangan terhad dan tepat terhadap pasukan pemasang periuk api Tentera Pengawal Revolusi Iran(IRGC)  yang menimbulkan ancaman segera di Selat Hormuz,” kaya Markas Pusat Perintah AS di laman X.

Menurut IRCG pula, serangan AS  mengakibatkan ‘kemalangan jiwa’,  manakala serangan susulan ke atas Jordan adalah ‘tindak balas ke atas pencerobohan udara AS-Zionis’.

Insiden itu berlaku selepas perang AS-Iran mencatat tempoh enam bulan, dan pada masa ketegangan semakin reda.

Sejak kebelakangan ini, pentadbiran Presiden Donald Trump lebih mengutamakan ‘perang ekonomi’ berbanding serangan ketenteraan ke atas Iran. – AFP 

 

The post Iran serang pangkalan tentera Amerika appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved