Iran tidak akan beri amaran untuk lakukan serangan

WorldPolitics
28 Oct 2026 • 8:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Iran tidak akan beri amaran untuk lakukan serangan

TEHERAN: Iran tidak akan memberitahu atau mendedahkan terlebih dahulu tindakan ketenteraan yang akan dilakukannya dalam perangnya  dengan Amerika Syarikat (AS) yang bermula pada 28 Februari lalu. 

Sebaliknya, Iran akan me­laksanakan tindakan itu tanpa memberi amaran awal kepada pihak lawan.

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baqaei berkata, negaranya kini berada dalam keadaan perang dan angkatan tentera negara itu tidak mempunyai sedikit pun keraguan untuk mempertahankan negara.

Bercakap pada sidang media mingguan pada Isnin, beliau menegaskan Iran terus memantau perkembangan semasa tanpa mempedulikan kenyataan retorik pegawai Israel dan tidak akan berlengah untuk menggunakan haknya mempertahankan diri.

Merujuk perang pencerobohan oleh AS dan Israel selama 40 hari, beliau berkata, tentera Iran sudah memberikan tindak balas tegas setiap kali negara itu menjadi sasaran tindakan musuh dan akan meneruskan pendekatan sama.

Perang itu bermula selepas kegagalan rundingan nuklear antara Iran dengan AS di Switzerland dalam bulan Februari.

Ketika serangan udara AS-Israel ke atas Teheran dilancarkan pada 28 Februari, Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei terbunuh tetapi Amerika masih belum memenangi perang yang dimulakannya itu.

Ketika ditanya mengenai laporan Iran sudah mengenal pasti lokasi bagi kemungkinan serangan balas terhadap AS, Baqaei berkata, keputusan mengenai bentuk tindak balas Iran terhadap sebarang pencerobohan ketenteraan pada masa depan bukan di bawah bidang kuasanya.

“Bagaimanakah kami akan bertindak sekiranya berlaku se­barang pencerobohan ketente­raan pada masa depan bukan dalam bidang kuasa saya. Kami tidak akan mengumumkan tindakan sebelum melaksanakannya,” katanya.

Beliau menambah, Angkatan Tentera Iran akan menunjukkan bagaimana mereka mampu mengejutkan pihak lawan, sambil menegaskan pengajaran daripada pengalaman terdahulu pastinya akan mempengaruhi strategi pada masa depan.

Baqaei turut menegaskan Iran kekal komited terhadap undang-undang antarabangsa, berbeza dengan tindakan pihak lawannya dan Teheran secara konsisten mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

“Pada masa depan, prinsip panduan kami adalah menggunakan semua keupayaan yang ada untuk mempertahankan negara dan menangkis tindakan bermusuhan pihak musuh,” katanya. 

 

The post Iran tidak akan beri amaran untuk lakukan serangan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved