Iran Tidak Merancang Hadiri Rundingan Bersama AS Di Pakistan

WorldPolitics
20 Apr 2026 • 8:53 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Iran Tidak Merancang Hadiri Rundingan Bersama AS Di Pakistan

Washington -- Iran ketika ini tidak merancang untuk menghadiri rundingan bersama Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, lapor AFP yang memetik kenyataan media tempatan.

Perkembangan itu diumum selepas Presiden AS, Donald Trump mengarahkan perunding AS ke Pakistan hanya beberapa hari sebelum gencatan senjata di Timur Tengah tamat.

Sekatan berterusan Amerika Syarikat terhadap pelabuhan Iran menjadi isu utama yang menghalang kemajuan rundingan.

Baca juga:

Isu itu dijangka menjadi lebih rumit selepas Trump mengumumkan pada Ahad bahawa sebuah kapal pemusnah Amerika telah melepaskan tembakan dan mengenai kapal Iran yang cuba mengelak sekatan.

Stesen penyiaran milik kerajaan, IRIB pada Ahad memetik sumber Iran berkata, ketika ini tiada rancangan untuk menyertai rundingan Iran-Amerika Syarikat pusingan seterusnya.

Agensi berita Fars dan Tasnim sebelum ini memetik sumber tanpa nama yang menyatakan secara keseluruhannya, keadaan tidak boleh dinilai sebagai sangat positif.

Kenyataan tersebut menambah, penamatan sekatan AS menjadi prasyarat kepada rundingan.

Agensi berita milik kerajaan, IRNA pula merujuk kepada sekatan dan tuntutan Washington tersebut sebagai tidak munasabah dan tidak realistik.

"Dalam keadaan ini, tiada prospek jelas untuk rundingan yang membuahkan hasil," maklum kenyataan tersebut.

Iran dan Amerika Syarikat, bersama Israel, kini hanya tinggal tiga hari sebelum berakhirnya gencatan senjata dua minggu yang menghentikan perang di Timur Tengah.

Perang yang tercetus akibat serangan mengejut Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran itu bermula pada 28 Februari.

Setakat ini hanya satu sesi rundingan selama 21 jam diadakan di Islamabad pada 11 April.

Bagaimanapun, sesi tersebut berakhir tanpa keputusan biarpun persiapan bagi rundingan baharu diteruskan selepas itu.

"Kami menawarkan perjanjian yang sangat adil dan munasabah, dan saya harap mereka menerimanya," kata Trump dalam satu hantaran pada Ahad.

Dalam pada itu, Trump turut mengulangi ancaman terhadap infrastruktur Iran sekiranya perjanjian gagal dicapai.

AS Lepaskan Tembakan Pada Kapal Iran

Trump berdepan tekanan untuk mencari jalan penyelesaian selepas Tehran bertindak awal dalam konflik dengan menutup Selat Hormuz.

Laluan air penting itu merupakan saluran bagi satu perlima minyak dan gas asli cecair dunia semasa waktu aman.

Penutupan laluan berkenaan dilihat memberi kesan besar kepada ekonomi global serta mengganggu pasaran.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved