Ironman mengundi di SK Bukit Sagu 1

19 Nov 2022 • 2:14 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mohd Shah Riduwan mengenakan kostum Ironman selesai membuang undi di Pusat Pembuangan Undi SK Bukit Sagu 1 di sini pada Sabtu

image is not available
Mohd Shah Riduwan memakai kostum Ironman tiba di Pusat Pembuangan Undi SK Bukit Sagu 1 pada Sabtu.

image is not available
Mohd Shah Riduwan

KUANTAN - Seorang bapa kepada tiga anak mengambil insiatif kemeriahan hari pengundian sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan menggunakan kostum adiwira Ironman.

Mohd Shah Riduwan Abdul Rahman, 37, yang memakai kostum itu berjalan hampir 100 meter dari rumahnya untuk membuang undi di Pusat Pembuangan Undi Sekolah Kebangsaan Bukit Sagu 1 di sini.

Sepanjang perjalanan itu, Mohd Shah Riduwan dikerumuni oleh kanak-kanak dan menjadi tumpuan penduduk untuk merakam gambar bersama.

Dia yang bekerja sebagai kakitangan Felda Bukit Sagu 1 mengakui teruja untuk mengundi kerana sebelum ini tanggungjawab itu dilaksanakan secara pos.

"Mengundi kali ini saya buat kelainan sedikit kerana sebelum ini saya mengundi awal secara pos dan tidak dapat merasai suasana mengundi bersama orang ramai.

"Tapi pada pilihan raya kali ini, saya sudah tukar tempat mengundi dan dapatlah bersama-sama mengundi. Jadi saya teruja dan sebab itu saya mengenakan kostum Ironman untuk mengundi," katanya ketika ditemui pemberita di hadapan Pusat Pembuangan Undi SK Bukit Sagu 1 di sini pada Sabtu.

**media[1991453]**

Mohd Shah Riduwan memaklumkan usaha itu dilakukan bagi menarik minat orang ramai terutamanya anak muda untuk bersama-sama keluar mengundi.

Ditanya mengapa memilih kostum model Ironman war machine mark 3, dia memberitahu kerana kostum itu nampak lebih garang dan hebat.

"Pada masa akan datang, saya bercadang untuk mengenakan kostum transformer dan kostum itu telah pun ditempah," katanya yang mengeluarkan modal hampir RM2,500 bagi membeli kostum itu.

Dalam pada itu, Mohd Shah Riduwan berkata, keluarganya memberi sokongan terhadap usaha yang dilakukan tersebut.

**media[1991452]**

Jelasnya, isterinya, Siti Lailatul Mariam Mokhtar,35, banyak membantu mengenakan kostum tersebut yang mengambil masa hampir 20 minit.