Isabelle cipta lebih banyak sejarah

11 Oct 2023 • 1:43 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Tuaran: Isabelle Lonjuing Sayeed, 16, yang mencatat sejarah sebagai pelatih kuda pacuan termuda dunia empat tahun lalu, menerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormatan negeri Sabah.

Dia dikurniakan Ahli Darjah Kinabalu (A.D.K) oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu pada 7 Oktober lalu.

Ia menjadikan Isabelle sebagai rekod penerima darjah kebesaran bintang dan pingat kehormatan termuda di negeri Sabah.

Tidak berakhir di situ, Isabelle yang juga pemilik dan pengasas ILS Polo Racing Equestrian di Royal Sabah Turf Club (RSTC) Tambalang, Tuaran turut menerima anugerah Raising Star Of Polo daripada Persatuan Polo Diraja Malaysia (RMPA).

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Anugerah itu disampaikan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Kuala Lumpur pada 29 September lalu.

Atas perkhidmatan cemerlang Isabelle sebagai pelatih kuda pacuan termuda di Asia Tenggara sebelum ini, gadis itu turut menjadi kapten pasukan polo wanita Sabah dalam pasukan El Viento Polo dan menjadi joki wanita pertama dan termuda di Malaysia.

Anugerah Raising Star Of Polo RMPA itu juga sekali gus diperoleh Isabelle sebagai penerima pertama dan termuda dari Sabah.

“Saya bekerja keras melaksanakan hobi sebagai kerjaya utama saya untuk mencapai impian ini dan saya akan pastikan ia tidak berhenti di separuh jalan.

“Masih banyak yang saya perlu usahakan dan belajar untuk mengumpul pengalaman berkaitan kuda,” katanya ditemui di ILS Polo Racing Equestrian.

Isabelle yang turut meminati bidang fotografi dan bersekolah di Sayfol International School, bercita-cita menjadi doktor veterinar.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.