Isak pacu kemenangan besar Newcastle

Football
13 Apr 2024 • 10:34 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Isak raikan jaringan ketiga Newcastle ketika berdepan Tottenham di St James' Park, Newcastle-upon-Tyne pada Sabtu. Foto AFP

NEWCASTLE United mengekalkan rentak kemenangan kedua berturut-turut saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas membelasah Tottenham Hotspurs, 4-0 di Stadium St James’ Park pada Sabtu.

Gol The Magpies dijelmakan Alexander Isak pada minit ke-30, m-51, Anthony Gordon (m-32) sebelum Fabian Schär menoktahkan jaringan keempat pada minit ke-87 untuk tiga mata berharga.

Newcastle sebelum itu mengatasi Fulham, 1-0 di Craven Cottage pada 6 April lalu manakala Tottenham pula menang 3-1 ketika melayan kunjungan Nottingham Forest di London dua hari kemudian.

Keputusan dilakar anak-anak buah Eddie Howe itu membolehkan The Magpies mengumpul 50 mata - 15 menang, lima seri dan 12 tewas - selepas mengharungi 38 perlawanan liga.

Sementara kekalahan kelapan anak-anak buah Ange Postecoglou menyaksikan Tottenham kekal 60 mata hasil 18 menang dan enam seri.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved