Isetan KLCC Letak Rokok Di Bahagian ‘Non Halal’ Curi Tumpuan

LocalPolitics
23 Sep 2024 • 2:53 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Umum pasti tahu yang merokok adalah haram dalam Islam kerana memudaratkan kesihatan orang ramai.

Isu tentang rokok kembali hangat diperkatakan selepas wujudnya cadangan untuk meletakkan rokok di seksyen tidak halal di pasar raya.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata perkara itu akan dibincangkan bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.

Malah Mufti Kelantan, Sahibus Samahah Datuk Mohamad Shukri Mohamad turut berpendapat tiada masalah untuk meletakkan rokok di mana-mana seksyen jualan memandangkan ia telah difatwakan haram sejak 1995, diikuti rokok elektrik (vape) pada 2015.

Isetan Letak Rokok Di Seksyen ‘Non-Halal’

Walaupun cadangan ini masih dalam perbincangan, namun dilihat beberapa pasar raya telah memulakan inisiatif ini.

Seorang pengguna X mendakwa pasar raya Jepun, Isetan, yang terletak di KLCC telah meletakkan produk rokok di bahagian tidak halal.

Perkara ini menarik perhatian masyarakat kerana pasar raya itu melakukan tindakan yang terpuji untuk umat Islam.

Bagi menguatkan dakwaannya, dia turut berkongsi foto yang memperlihatkan rokok terletak di bahagian minuman keras.

“Setan Buat Move Awal” – Pengguna X

Rata-rata orang ramai dilihat memuji tindakan Isetan untuk mengasingkan rokok di bahagian tidak halal. Mereka turut berharap agar pasar raya lain mengikut jejak langkah tersebut.

Ada juga pengguna media sosial yang berseloroh memandangkan nama Isetan dilihat mirip dengan syaitan dengan mengeluarkan kata-kata seperti, “Setan juga yang mengajar rakyat Malaysia.”

Seorang individu berkata tindakan itu turut dilakukan di sesetengah cawangan pasar raya Jaya Grocer. “Member sanggup menapak jauh ke kedai lain, sebab rokok depan mata dalam seksyen non-halal,” tambahnya.

Di samping itu, seorang individu mendakwa bahawa Isetan telah meletakkan rokok di bahagian tidak halal bersama-sama minuman alkohol sejak 2007 lagi.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available


Asap Rokok Basi Berbahaya Buat Kanak-Kanak

Merokok semestinya amat berbahaya untuk kesihatan dan menjadi antara faktor utama yang menyebabkan serangan jantung. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan strok dan kanser paru-paru.

Selain daripada memberi kesan kepada kesihatan pengguna, asap rokok yang dilepaskan (asap rokok basi) juga berbahaya buat orang sekeliling, terutamanya kanak-kanak.

Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok basi berisiko lebih tinggi mengalami masalah kesihatan termasuk batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga.

Menurut National Cancer Institute USA, terdapat lebih 7,000 bahan kimia yang terkandung dalam asap rokok. Sekurang-kurangnya 69 daripada bahan ini, termasuk arsenik, benzena, berilium, kromium dan formaldehid bersifat karsinogenik.