
Uih harga ikan siakap pun bukannya murah tau
Isi Dah Hancur Dan Bau, Individu Ini Luah Kesal Ikan Siakap Tak ‘Fresh’ Dari Supermarket Di Kuching. Seorang individu telah mengalami rasa tidak puas hati kerana membeli ikan siakap yang tidak ‘fresh’ di sebuah pasaraya di Batu 11, Kuching.
Melalui luahan di halaman Facebook peribadinya, individu tersebut turut memuat naik gambar ikan siakap yang dibelinya bersama dengan resit pembelian.

Kongsian individu tersebut telah menarik perhatian netizen
Dalam luahannya, individu tersebut meminta agar supermarket tersebut tidak menjual barang basah yang sudah rosak kerana pelanggan membeli barang dengan harapan ikan yang dibeli adalah segar dan berkualiti.
Menurut individu tersebut, ikan yang dibelinya didapati tidak dapat dimasak kerana isinya telah hancur dan mempunyai bau yang tidak menyenangkan.

Kejadian ini seharusnya memberi pengajaran kepada kita semua baik jadi pembeli mahupun jadi penjual.
Individu itu turut meminta agar pihak supermarket tidak menipu pelanggan dengan mempromosikan barang-barang sebagai benda yang segar padahal sebaliknya.
Kongsian tersebut justeru menarik perhatian netizen dan ada juga memberikan perbezaan pendapat terhadap individu tersebut. Ada yang menyatakan bahawa individu tersebut tidak memilih dengan teliti, ada juga yang menyatakan bahawa supermarket tersebut bukan pilihan yang terbaik untuk membeli barangan basah.

Kejadian ini seharusnya memberi pengajaran kepada kita semua baik jadi pembeli mahupun jadi penjual. Sebagai pembeli, anda berhak untuk memilih ikan-ikan yang segar di mana-mana pasaraya. Dan manakala penjual, mereka hendaklah sentiasa memastikan kualiti barangan yang dijual kepada pelanggan mereka.
