Isi Masa Lapang Pencen, Ayah ‘Leka’ Jadi Jurugambar Kucing

Entertainment
28 Dec 2023 • 10:44 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

Isi Masa Lapang Pencen, Ayah ‘Leka’ Jadi Jurugambar Kucing

Biasanya bagi mereka yang sudah berpencen, masa yang ada akan diluangkan untuk aktiviti-aktiviti seperti berkebun, bercucuk tanam ataupun bermain dengan cucu.

Aktiviti-aktiviti tersebut dilakukan bagi mengisi kekosongan dan masa yang terluang dengan perkara yang menenangkan pada usia selepas 60 tahun.

Namun begitu, seorang ayah nyata mempunyai cara tersendiri untuk memenuhi masa yang ada selepas menamatkan perkhidmatan sebagai penjawat awam.

Perkara itu dapat dilihat menerusi perkongsian daripada anak pesara tersebut yang dikongsikan di laman TikTok miliknya, @dyhszhn atau Dayah Sazihan.

Menurut Dayah, dia sering diajukan soalan berkenaan aktiviti ayahnya selepas berpencen.

Justeru dalam perkongsian tersebut, Dayah memberitahu antara perkara yang dibuat ayahnya adalah menghabiskan masa dengan kucing peliharaan.

Ayah jadi jurugambar kucing selepas pencen

“Ayah kau lepas pencen buat apa Dayah? Busy jadi photographer,” kata Dayah.

image is not available
Kredit TikTok

Menerusi video tersebut, dapat dilihat ayah Dayah sedang menggayakan dan memakaikan cermin mata hitam kepada si bulus comel itu.

Apa yang menghairankan, kuncing berkenaan kelihatan ‘memberi’ kerjasama dan seolah-olah tidak kisah dijadikan model.

Selepas cermin mata dipakaikan kepada kucing tersebut, ayah Dayah kemudiannya dilihat mengambil beberapa keping gambar kucing berkenaan.

Selain cermin mata hitam, kucing tersebut turut dipakaikan dengan topi koboi yang sesuai dengan saiz kepala kucing itu.

image is not available
Kredit TikTok

Kata Dayah lagi, menjadi jurugambar kucing seolah-oleh satu profesyen baharu yang diceburi ayahnya selepas bersara.

New profession ayah lepas pencen,” tulis kapsyen video muat naik Dayah tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang terhibur dengan aksi tersebut. Mereka dilihat meninggalkan komen yang mengakui cemburu melihat keakraban luar biasa itu.

“Wehhh kucing tu pun, geram ek,” tulis seorang netizen yang terhibur dengan gelagat kucing tersebut yang hanya berdiam diri.

“Terpaksa bekerja demi semangkuk kibbles,” tulis seorang lagi netizen dengan nada bergurau.

“Nasib la modelnya pandai, tak lari pun. Melayan ja tuannya,” tambah seorang netizen merujuk kepada kucing tersebut.

Menerusi perkongsian video yang berlainan, Dayah juga sempat berkongsikan hasil gambar yang berjaya diambil oleh ayahnya.

image is not available
Kredit TikTok

Sumber: TikTok/@dyhszhn

View Original Article