Isi Padat, Rasa Mantap, Anda perlu Cuba Popia Basah Istimewa Di Kubah Ria Kuching Ini

1 Apr 2023 • 2:01 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Popia basah padu bulan puasa di Kuching.

Isi Padat, Rasa Mantap, Anda perlu Cuba Popia Basah Istimewa Di Kubah Ria Kuching Ini. Di bulan puasa ini, antara menu makanan kegemaran ramai dan mendapat permintaan tinggi adalah popia basah. Menu ini sememangnya popular untuk dijadikan santapan berbuka puasa.

Kali ini, kami ingin mengesyorkan anda sebuah gerai yang menyediakan menu istimewa ini yang terletak di Kubah Ria.

image is not available
Isi Padat, Rasa Mantap, Anda perlu Cuba Popia Basah Istimewa Di Kubah Ria Kuching Ini. Sumber foto: Facebook Fikri Aslam Saha

Hanya dijual pada bulan Ramadan sahaja

Istimewanya hidangan ini ia hanya dijual pada bulan Ramadan sahaja, di Kubah Ria dan terletak di gerai Nombor 14 Makanan Kelantan, Nasi Kerabu Station.

Popia basah di sini mempunyai isi yang padat dan sos yang digunakan adalah istimewa dari resepi pemilik gerai ini.

image is not available
Sumber foto: Facebook Fikri Aslam Saha

Padat dengan nutrisi dan sesuai dijadikan menu berbuka

Popia basah ini amatlah sesuai dijadikan hidangan berbuka puasa kerana ia padat dengan nutrisi yang baik dan merupakan salah satu hidangan yang sihat!

Jadi kalau anda inginkan menu berbuka puasa yang enak dan tidak mengecewakan, anda boleh dapatkan popia basah di Kubah Ria ini sekarang.

Lagi hidangan menarik untuk berbuka puasa di sekitar Kuching untuk anda:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved