Isi Penuh Sekarang! Harga Diesel Semenanjung Naik Ke RM5.52 Mulai Tengah Malam Ini

LocalBusiness & Finance
25 Mar 2026 • 9:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not availableHarga Minyak Dunia Melonjak AS$100: Harga RON95 & Diesel Naik Mulai 26 Mac!

Krisis Asia Barat yang semakin meruncing kini mula dirasai di poket rakyat. Kementerian Kewangan (MOF) hari ini mengesahkan harga minyak mentah global telah melonjak lebih 40%, melepasi paras AS$100 setong. Impak daripada ketidaktentuan bekalan dunia ini menyaksikan pelarasan harga bahan api domestik yang agak signifikan bagi minggu hadapan.

Berikut adalah ringkasan harga runcit petrol dan diesel di bawah Mekanisme Harga Automatik (APM) untuk tempoh 26 Mac hingga 1 April 2026:

Senarai Harga Minyak Terkini (Minggu Ini vs Minggu Depan)Jenis Bahan ApiHarga Semasa (Seliter)Harga Baru (Mulai 26 Mac)PerubahanRON95 (Tanpa Subsidi)RM3.27RM3.87+RM0.60RON97RM4.55*RM5.15+RM0.60Diesel (Semenanjung)RM4.72*RM5.52+RM0.80BUDI95RM1.99RM1.99KEKALDiesel (Sabah & Sarawak)RM2.15RM2.15KEKALMengapa Harga Minyak Naik Mendadak?

Walaupun Malaysia merupakan negara pengeluar minyak, kita tidak terlepas daripada tempias pasaran antarabangsa. Sebanyak 40% lonjakan harga global ini berpunca daripada konflik berlarutan di Asia Barat yang mengganggu rantaian bekalan dunia.

Ini kerana sebahagian besar bekalan petrol kita masih diperoleh daripada pasaran antarabangsa, harga runcit tempatan terpaksa mengikut arus pasaran global bagi mereka yang tidak menerima subsidi bersasar.

Kerajaan MADANI Terus Lindungi Rakyat Melalui BUDI95

Di sebalik kenaikan harga pasaran, Kerajaan tetap komited untuk tidak membebankan golongan sasar. Sejajar dengan aspirasi Ekonomi MADANI:

Program BUDI95 Diteruskan: Harga bagi penerima bantuan kekal pada RM1.99 seliter.

Sabah & Sarawak Terlindung: Harga diesel di Borneo kekal stabil pada RM2.15 seliter untuk menyokong aktiviti ekonomi di sana.

Manfaat Kembali Kepada Rakyat: Kerajaan akan terus memastikan penjimatan daripada subsidi bersasar dipulangkan dalam bentuk bantuan lain bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup.