Isi rumah miskin tegar bakal dapat rebat elektrik RM40 sebulan

13 Oct 2023 • 4:39 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 13 OKT: Isi rumah miskin tegar bakal menerima rebat bil elektrik sehingga RM40 sebulan, kata Perdana Menteri.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata menerusi Belanjawan 2024, kerajaan memperuntuk RM55 juta bagi terus menambah baik pendekatan subsidi elelktrik bersasar.

“Kerajan juga bersetuju mengecualikan bayaran deposit akaun bil elektrik atas nama sendiri.

“Keputusan ini memberi isyarat tepat kepada pengguna untuk mempraktikkan kecekapan tenaga dan amalan berjimat cermat dalam penggunaan elektrik seharian,” katanya ketika membentang belanjawan tahun depan.

BERITA MENYUSUL…

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved