Isi Seperti Cempedak Kenali Buah Kesusu Yang Hanya Terdapat Di Borneo

20 Sep 2022 • 2:20 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Banyak didapati di bahagian Sabah

Isi Seperti Cempedak Kenali Buah Kesusu Yang Hanya Terdapat Di Borneo. Buah Kesusu atau nama saintifiknya Artocarpus Limpato banyak ditemukan di beberapa tempat di Asia Tenggara seperti di Sarawak, Sabah, Papua Newguinea, Moluccas, Kalimantan dan Sumatera.

image is not available
Isi Seperti Cempedak Kenali Buah Kesusu Yang Hanya Terdapat Di Borneo. Kredit Foto: Mysabah.com

Buah Kesusu ini termasuk dalam kategori buah nangka dan pastinya tidak ramai orang mengenali buah kesusu ini. Selain namanya yang pelik, buah kesusu ini antara kategori buah yang jarang di jumpai di dunia.

Walaupun begitu, anda boleh menjumpai buah ini di kawasan Borneo terutamanya di Sabah. Selain nama kesusu, nama lain yang digunakan ialah seperti Buruni, Ematak, dan Karon. Buah ini boleh dikatakan unik kerana mempunyai rupa bentuk yang tidak seperti buah-buahan yang lain.

image is not available
Kredit Foto: Mysabah.com

Kebiasaanya, tumbuhan ini terdapat di kampung-kampung yang berhampiran dengan kawasan hutan. Pokoknya pula seakan pokok rambai sederhana tinggi dan berdaun lebar dan agak besar.

Sangat sukar dijumpai

Buahnya sebesar jari telunjuk orang dewasa dan berkumpul pada satu tangkai yang panjang (tidak seperti buah rambai yang bersusun sepanjang tangkai buah). Berdasarkan sumber, buahnya juga berwarna hijau gelap manakala isinya berwarna kekuningan serta lembik seperti buah cempedak.

image is not available
Kredit Foto: Mysabah.com

Buah limpato ini hanya berbuah dua tahun sekali dan buah ini agak mahal harganya kerana jarang sekali dilihat dijual pasar-pasar.

image is not available
Kredit Foto: Mysabah.com

Gambar di atas merupakan peringkat di mana buah yang masih menjadi putik memenuhi setiap ranting pokok. Benjolan akan mula keluar sedikit demi sedikit pada buah yang putik sehingga lengkap sepenuhnya menyerupai buah sebenar.

image is not available
Kredit Foto: Mysabah.com

Buah yang telah masak akan bertukar warna oren hijauan. Cara nak makan buah ini ialah dengan memulas benjol tersebut dan terus masuk ke dalam rongga mulut. Lidah anda akan merasai sedikit masam dan kadangkala sedikit manis.

Turut dijumpai di semenanjung namun jarang ditemukan

Di Semenanjung, buah ini boleh ditemukan di Batu Kikir daerah Jempol, Negeri Sembilan. Terdapat hanya sekitar sepuluh pokok limpato di daerah tersebut dan dikhuatiri pokok ini akan pupus jika tiada pihak yang berusaha mengekalkan tanaman ini.

image is not available
Kredit Foto: Mysabah.com

Buah limpato juga sedap dimakan jika dicampur ke dalam gulai lemak cili api ikan salai (ikan air tawar) atau daging salai. Namun haruslah direndam terlebih dahulu untuk menghilangkan getah yang terdapat pada buah tersebut dan dimasukkan ke dalam gulai ketika telah mendidih.

Rasanya yang masam-masam dan lemak manis, juga boleh dimakan mentah.

Baca lagi artikel mengenai buah-buahan eksotik daripada Borneo: