Isinya Tebal Dan Manis, Ketahui Buah Kristal Yang Terkenal Dengan 3 Rasa

10 Aug 2022 • 1:37 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Bagi penggemar-penggemar buah Kristal, ini berita baik untuk anda!

Isinya Tebal Dan Manis, Ketahui Buah Kristal Yang Terkenal Dengan 3 Rasa. Kali ni, min rasa macam nak makan buah Kristal lah pulak. Rindu pulak nak makan buah tempatan, dah masuk musim ni, memang banyak yang jual di mana-mana pasar.

Bagi yang belum pernah merasai buah Kristal, ada yang mengatakan ianya terkenal dengan tiga rasa. Ada yang cakap rasa laici, rasa rambutan, bahkan ada juga yang mengatakan rasa durian! Haaa tak curious ke anda macam mana rasanya?

image is not available
Isinya Tebal Dan Manis, Ketahui Buah Kristal Yang Terkenal Dengan 3 Rasa. Sumber gambar: FB I Love Borneo

Dah masuk musim ni, mesti ramai yang puas dengan keenakan buah iniimage is not available

Buah Kristal (Pometia pinnata) atau Buah Matoa atau Buah Kasai ini merupakan sejenis buah nadir yang kini semakin mendapat tempat di hati pengusaha tanaman buah-buahan di Malaysia khususnya dibeberapa negeri seperti di Sarawak, Melaka, Pahang dan juga di Negeri Sembilan.

image is not available
Sumber gambar: FB I Love Borneo

Buah Kristal merupakan buahan tempatan di Malaysia

Buah yang berukuran 4 cm panjang ini mengandungi isi yang seakan buah longan atau laici dimana manis serta banyak khasiatnya. Walaupun buah kristal ini amat jarang dijual dikedai buah-buahan akan tetapi apabila musim banyak buah mereka yang bernasib baik sahaja akan boleh jumpa untuk mendapatkannya

Buah kristal mempunyai kulitnya keras dan perlu diketuk baru pecah untuk mendapatkan isinya yang manis. Haa jika kalian rasa isinya, pasti anda terkenangkan keenakan manisnya seakan-akan buah laici. Dalam pada masa yang sama anda juga terkenangkan rasa rambutan jugak!

image is not available
Sumber gambar: FB I Love Borneo

Lagi buahan tempatan yang anda patut tahu dan hanya didapati di Pulau Borneo sahaja. Baca pautan di bawah:

View Original Article