Iskandar Malaysia catat pelaburan komited berjumlah RM41.4 bilion pada 2024 - PM Anwar

LocalBusiness & Finance
24 Apr 2025 • 11:39 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Iskandar Malaysia mencatatkan pelaburan komited berjumlah RM41.4 bilion pada 2024 atau meningkat 11 peratus berbanding RM37.2 bilion pada 2023, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga merupakan Menteri Kewangan berkata nilai tersebut merupakan pencapaian tertinggi sejak Iskandar Malaysia diwujudkan.

“Tahun lalu juga, nilai pelaburan yang direalisasikan mencecah RM26.7 bilion. Pelaburan asing sebanyak RM36.1 bilion dan pelaburan domestik sebanyak RM5.3 bilion.

“Hatta, pencapaian ini membuktikan bahawa keyakinan pelabur terhadap Iskandar Malaysia terus meningkat,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasmi beliau.

Anwar berkata perkara itu dimaklumkan sewaktu beliau mempengerusikan mesyuarat ke-34 Ahli Pihak Berkuasa, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) hari ini.

Sehubungan itu, beliau menekankan kepentingan persediaan koridor ekonomi seperti Iskandar Malaysia dalam mengharungi keadaan ekonomi dan perdagangan dunia yang kian mencabar dan tidak menentu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved