Islam alam Melayu, dari manuskrip fiqah hingga kitab perubatan

2 Jun 2024 • 11:00 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

Sempena Festival Turath Islami Selangor, antara 26 Mei hingga 2 Jun, Pameran al-Wahyu memaparkan 22 manuskrip bersejarah termasuk al-Quran tulisan tangan berusia 400 tahun.

EXCO Agama Islam Dr Mohammad Fahmi Ngah merasmikan pameran yang diadakan di Dewan Seminar, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam pada hari pertama festival.

Selain kitab suci dan ilmu asas agama, pameran itu memaparkan manuskrip perubatan, astronomi, kesusasteraan, persenjataan dan warkah hubungan diplomasi.

Ts Dr Ros Mahwati Ahmad Zakaria yang mengetuai Pusat Penyelidikan Manuskrip Alam Melayu, Institut Alam dan Tamadun Melayu ditugaskan sebagai kurator pameran.

Sebahagian besar artifak dibawa dari Muzium al-Quran Narathiwat, selatan Thailand, selain Perpustakaan Negara Malaysia dan koleksi individu.

Jurufoto AHMAD ZAKKI JILAN dan MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN merakam majlis perasmian dan 11 manuskrip. Ayat al-Quran dikabur demi menjaga kesuciannya. Keterangan oleh HAFIZAN TAIB.

image is not available1. Manuskrip al-Quran tulisan tangan dari Jawa dihasilkan menggunakan tinta daripada jelaga iaitu bahan utama dalam pembuatan dakwat tempatan pada abad ke-19

image is not available2. Selepas majlis perasmian pada 26 Mei, Dr Mohamad Fahmi yang diiring Dr Ros Mahwati meneliti al-Quran tulisan tangan bertinta emas milik Istana Selindong Bayu Saiburi di Pattani

image is not available

3. Naskhah Munyatul Musolli (Cita-cita Orang yang Bersembahyang) bertarikh 9 Julai 1827 karangan ulama besar Sheikh Daud al-Fatani dari selatan Thailand berkaitan fiqah solat

image is not available4. Dr Ros Mahwati memberi penjelasan kepada Dr Mohammad Fahmi berkenaan pelbagai jenis manuskrip bersejarah dari alam Melayu di Pameran al-Wahyu

image is not available5. Tafsir al-Jalain disusun ulama Mesir Jalaluddin al-Mahalli mulai 1459 dan diteruskan muridnya Jalaluddin as-Suyuthi pada 1505. Manuskrip ini disalin di atas lapisan nipis kulit pokok pada abad ke-19

image is not available6. Sebuah keluarga tertarik menyaksikan dua manuskrip al-Quran tulisan tangan bertinta emas dari Jawa dan Terengganu yang menghiasi halaman teks berkenaan

image is not available7. Orang ramai berpeluang menyaksikan manuskrip ilmu tauhid dan tasawuf dari Pattani, Thailand yang ditulis dalam bahasa Siam lama dalam Pameran al-Wahyu

image is not available8. Kaedah pembuatan keris pada abad ke-19 yang menghurai ilmu teknikal dan keperluan bahan bagi membentuk bilah termasuk corak garisan dan lekuk terkandung dalam manuskrip ini

image is not available9. Manuskrip Bintang 12 dari Melaka mengandungi kaedah bagi meramal angin besar dan waktu sesuai untuk pelayaran berdasarkan hari, bulan Islam dan peredaran planet

image is not available10. Warkah Sultan Terengganu Sultan Zainal Abidin membalas surat Major Matt WT Taylor di Singapura bertarikh 28 Rejab 1321 (20 Oktober 1903) berhubung pembunuhan warga Perancis di Pahang

image is not available11. Manuskrip perubatan tradisi Melayu memuatkan ilmu mengenali akar kayu untuk penyembuhan. Selain kitab ini, pengetahuan berkaitan urat sendi juga dihasilkan

image is not available12. Berusia 200 tahun, manuskrip Hang Tuah di atas kertas lama dari Eropah disimpan di Perpustakaan Negara, Kuala Lumpur tersenarai dalam Warisan Dunia Unesco pada 2001

image is not available13. Sekumpulan pelajar pusat tahfiz kagum menyaksikan tiga manuskrip ilmu fiqah dari Jawa dan Pattani pada abad ke-18 dan 19. Teks Jawa ditulis tembang macapat

image is not available14. Ditulis pada abad ke-18, manuskrip Nazam Kanz Ula karangan Sayyid Muhammad bin Zainal Abidin al-Idrus (Tokku Tuan Besar), ulama kelahiran Kuala Terengganu