Islam Dan Kristian Saling Hormat-Menghormati, Zee Avi Bersuara Mengenai Pembinaan Rumah Ibadat

20 Mar 2023 • 6:21 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Hormati agama lain supaya orang lain hormati agama kita

Islam Dan Kristian Saling Hormat-Menghormati, Zee Avi Bersuara Mengenai Pembinaan Rumah Ibadat. Kecoh sejak akhir-akhir ini mengenai pemikiran ekstrem Ahli Parlimen PAS, Ahmad Yunus Hairi menggesa Putrajaya supaya tidak membina rumah ibadat bukan Islam berdekatan dengan masjid.

Penyanyi dan penulis lagu, Zee Avi turut bersuara memberikan pendapat mengenai isu tersebut menerusi laman Twitter miliknya. Menurut penyanyi berasal dari Sarawak itu, gereja dan masjid terletak bersebalahan di kampung halamannya, Lutong Miri, Sarawak.

Hidup kenalah bertolak ansur antara satu sama lain

Zee Avi juga mengatakan, setiap kali solat Jumaat, pihak gereja akan membuka pintu pagar untuk membenarkan jemaah masjid meletakkan kereta bagi mengurangkan kesesakan. 

“Begitu juga sebaliknya, setiap hari Ahad pula, pihak masjid akan membuka pintu pagar untuk membalas budi pihak gereja,” tambahnya.

“Pengasingan perbezaan agama bukan perkara biasa di Malaysia Timur. Keharmonian bukanlah sesuatu yang kita belajar tetapi sudah ada di dalam hidup kita,” ujarnya lagi.

Warganet bangga dengan kenyataan Zee Avi

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan penyanyi berusia 37 tahun itu.

image is not available
Sumber: Twitter Zee Avi

image is not available
Sumber: Twitter Zee Avi

Sekadar info, sebelum ini Zee Avi atau nama sebenarnya Izyan Alirahman pernah meraih perhatian ramai kerana lagu popularnya bertajuk, ‘Kantoi’ yang dikeluarkan pada tahun 2009.