“Islam Tak Suka Umatnya Bersikap Ekstrem..” – Boikot Hingga Label Orang Lain Binatang, Mufti Pinang Beri Nasihat

LocalPolitics
17 Apr 2024 • 11:49 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd berpendapat tindakan segelintir pihak yang memboikot mana-mana premis yang diketahui melakukan penghinaan kepada agama Islam adalah dianggap wajar. Namun, hal tersebut haruslah bersederhana dan tidak melampau.

Boikot berlebihan menjadikan taksub

Menurut Wan Salim, tindakan itu perlu dilakukan sekadar diperlukan sahaja atau secara sederhana sebagai menunjukkan tanda protes namun tidak sehingga mencetuskan isu negatif atau perbalahan dengan pihak lain.

Boikot yang melampau tidak patut digalakkan kerana ia mencerminkan sifat taasub dan kedengkian yang merosakkan agama dan akhlak.

 

Agama Islam tidak suka umatnya bersikap ekstrem dan taksub walaupun atas nama agama. Sikap sedemikian lazimnya didorong oleh kejahilan serta fikiran tertutup golongan yang tidak boleh bertolak ansur terhadap orang lain, pihak lain yang berbeza pandangan dan kepercayaan dengannya.

image is not available

Malaysia rakyat yang majmuk

Tambahan pula, orang ramai perlu menyedari bahawa di dalam masyarakat majmuk seperti di Malaysia ini, akan ada kejadian yang menyinggung perasaan pihak yang lain. Maka, mereka haruslah berfikir panjang dahulu sebelum melakukan sesuatu tindakan.

Maka di sinilah kita memerlukan kewarasan dan kebijaksanaan dalam mengurus kepelbagaian supaya tidak menambahkan lagi ketegangan yang boleh membawa kepada pergaduhan yang merugikan semua pihak.

 

Dengan demikian kelainan dan kepelbagaian menjadi faktor positif yang menguntungkan, bukan sebaliknya dijadikan sebab untuk saling membenci dan bermusuh-musuhan.

 

Jika berlaku kejadian yang tidak diingini atau tidak disenangi maka hendaklah ditangani dengan berhikmah dan bijaksana melalui rundingan, bukan dengan memberi reaksi yang melampau atau tidak rasional.

Sebelum ini, tular di media sosial hantaran yang menyamakan pelanggan ibarat anjing dan khinzir apabila menikmati makanan di sebuah restoran makanan segera yang diketahui telah diboikot kebanyakan umat Islam.

image is not available 1 month ago

"Boikot Ini Tidak Menguntungkan Sesiapa" - Vincent Tan Mohon Rakyat Berhenti Memboikot Starbucks Malaysia