Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

31 Jul 2024 • 12:01 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Allahyarham Ismail Haniyeh - Gambar Facebook

KUALA LUMPUR - Pemimpin utama Hamas, Ismail Haniyeh dilaporkan terbunuh dalam serangan ke atas kediamannya di Tehran, Iran hari ini.

Kematian Allahyarham disahkan jurucakap Kor Pengawap Revolusi.

Menurut beliau, serangan berkenaan didakwa dilakukan rejim Zionis Israel, yang sememangnya menganggap Haniyeh sebagai musuh ketat mereka.

“Ketua gerakan Hamas, Ismail Haniyeh terbunuh dalam serangan pagi ini.

“Turut syahid ialah seorang daripada pengawal peribadi Allahyarham,” katanya.

Haniyeh berada di Iran bagi menghadiri upacarq mengangkat sumpah Presiden baharu republik itu, Dr Masoud Pezeshkian, semalam.

Sementara itu, pemimpin kanan Hamas, Moussa Abu Marzouk berkata, gerakan tersebut pasti akan menuntut bela atas kematian Haniyeh.

“Serangan pengecut ini tidak akan dibiarkan begitu sahaja,” katanya seperti dilaporkan stesen televisyen milik Hamas, Al-Aqsa TV.

Agensi melaporkan, Israel masih tidak memberi sebarang kenyataan namun itu bukan perkara luar biasa setiap kali pembunuhan dilakukan oleh agensi perisik mereka, Mossad. 

Rejim itu sejak sekian lama disyaki menjalankan kempen pembunuhan ke atas saintis nuklear Iran dan pihak berkaitan lain, khususnya yang terlibat dengan program nuklear republik tersebut.

Pada 2020, seorang saintis nuklear kanan tentera Iran, Mohsen Fakhrizadeh terbunuh dalam serangan mesingan yang dikawal alat kawalan jauh ketika berada di dalam kereta di pinggir Tehran. - Getaran, 31 Julai 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved