Ismail Sabri: BN Yakin Dapat Bentuk Kerajaan Baru Dengan Kerjasama GPS Selepas PRU15

14 Nov 2022 • 9:15 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kerajaan baru dan stabil

Ismail Sabri: BN Yakin Dapat Bentuk Kerajaan Baru Dengan Kerjasama GPS Selepas PRU15. Barisan Nasional (BN) yakin dapat bentuk kerajaan stabil selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan mendapat kerjasama Gabungan Parti Sarawak (GPS), lapor Bernama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata walaupun GPS yang terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) tidak bersama BN, namun kedua-duanya mempunyai sejarah hubungan yang panjang.

Kita memahami antara satu sama lain, kita memahami aspirasi rakyat Sarawak. Kita lebih memahami hubungan, yang walaupun kita berbeza sekarang ini tetapi kita masih bersama

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

image is not available
Ismail Sabri: BN Yakin Dapat Bentuk Kerajaan Baru Dengan Kerjasama GPS Selepas PRU15

Kedua-dua parti ada sejarah panjang

Ujarnya lagi, Ahli Parlimen GPS telah menunjukkan kesediaan mereka untuk tetap bersama ahli Parlimen BN sewaktu menjadi pembangkang selepas PRU14 dan sertai kerajaan yang dibentuk BN pada 2020.

Waktu saya menjadi ketua pembangkang, GPS bersama kita. Dia tak sertai kerajaan PH semasa itu. Maknanya kita tetap bersama. Bila kita bentuk kerajaan yang baru, GPS juga bersama kita, pastinya hubungan itu akan diteruskan

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob