Ismail Sabri Dimasukkan Ke Hospital, Kini Stabil – Setiausaha Akhbar

LocalPolitics
22 Feb 2025 • 3:56 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Ismail Sabri Dimasukkan Ke Hospital, Kini Stabil – Setiausaha Akhbar

KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) — Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dimasukkan ke hospital selepas pengsan di kediamannya awal pagi tadi.

Setiausaha Akhbar beliau Azran Fitri Abdul Rahim mengesahkan perkara itu dan memaklumkan Ismail Sabri kini dalam keadaan stabil.

“Saya dimaklumkan Datuk Seri (Ismail Sabri) pengsan di rumahnya dan dibawa ke hospital kira-kira 2.30 pagi untuk rawatan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau turut memohon orang ramai agar mendoakan kesihatan Ahli Parlimen Bera itu.

Sumber: Bernama