Ismail Sabri jalani pembedahan mata

29 Mar 2023 • 1:26 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ismail Sabri (tengah) menjalani pembedahan kecil di mata kanannya.

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selamat menjalani pembedahan kecil di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada pagi Rabu.

Menurut salah seorang pegawainya, Ahli Parlimen Bera itu membuat pembedahan kecil di mata kanannya.

“Prosedur pembedahan berlangsung selama dua jam dan selesai kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

“Datuk Seri (Ismail Sabri) kini berada di wad untuk pemantauan doktor dan dijangka akan discaj pada petang ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Terdahulu, gambar Ismail Sabri yang berada di HUKM tular di Facebook dan dilaporkan akan menjalani pembedahan.