Ismail Sabri kembali hadir beri keterangan di SPRM

LocalPolitics
24 Apr 2025 • 11:02 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ismil Sabri menaiki kenderaan jenis Toyota Vellfire berwarna putih hadir ke Ibu Pejabat SPRM bagi memberi keterangan.

image is not available
Ismil Sabri

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kembali hadir bagi memberi keterangan kepada kumpulan penyiasat di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis.

Ahli Parlimen Bera itu tiba jam 11 pagi dengan menaiki kenderaan jenis Toyota Vellfire berwarna putih dan diiringi kenderaan peronda Polis Diraja Malaysia (PDRM).

**media[3098027]**

Sepertimana kelaziman, bekas Perdana Menteri kesembilan itu membuka cermin kereta, seterusnya melempar senyuman dan melambai kepada kumpulan media yang menanti kehadirannya.

Kali terakhir Ismail hadir memberi keterangan di SPRM pada 24 Mac lalu.