Ismail Sabri Sambung Beri Keterangan Kes Rasuah

LocalPolitics
24 Mar 2025 • 2:29 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar BERNAMA

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, untuk menyambung proses memberi keterangan bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram dikaitkan dengan beliau.

Kenderaan membawa Perdana Menteri kesembilan itu tiba pada 9.54 pagi dan kehadiran beliau ke ibu pejabat SPRM merupakan hari keenam bagi tujuan memberi keterangan.

Ahli Parlimen Bera itu disiasat berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram berhubung perbelanjaan dan perolehan dana untuk promosi serta publisiti program Keluarga Malaysia semasa tempoh perkhidmatan beliau dari Ogos 2021 hingga November 2022.

Kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved