Ismail Sabri Selamat Tiba Selepas Lawatan Ke New York, Abu Dhabi

LocalPolitics
30 Sep 2022 • 9:00 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Ismail Sabri tiba di tanah air malam tadi selepas menamatkan lawatan kerja ke New York dan Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE). - Gambar Bernama

SEPANG - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selamat tiba di tanah air malam tadi selepas menamatkan lawatan kerja ke New York dan Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Pesawat yang membawa Perdana Menteri dan delegasinya tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 10.30 malam tadi.

Perdana Menteri melawat New York dan UAE masing-masing selama empat hari.

Beliau disambut ratusan yang hadir di KLIA sebagai wira Bahasa Melayu kerana mencatatkan sejarah, apabila berucap dalam bahasa kebangsaan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York.

Antara yang hadir ialah kakitangan Dewan Bahasa dan Pustaka bersama wakil Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), yang membawa plakad antaranya “Ismail Sabri Wira Negara Angkat Bahasa Negara di Pentas Dunia”.

Di UNGA yang menghimpunkan lebih 150 pemimpin dunia untuk acara tahunan itu, Ismail Sabri menyampaikan Kenyataan Negara dalam bahasa Melayu - kali pertama oleh seorang pemimpin Malaysia berucap menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya pada perhimpunan diplomatik terbesar itu.

Beliau turut menyentuh pelbagai isu antarabangsa antaranya konflik di Ukraine, isu Myanmar dan Palestin serta sekuriti makanan dan perubahan iklim. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved