Ismail Sabri sertai Solat Hajat Perdana Keluarga Malaysia

LocalPolitics
17 Nov 2022 • 9:42 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ismail Sabri bersama jemaah Masjid Darul Fikri, Bera menunaikan solat Isyak sebelum solat sunat hajat pada program Solat Hajat Perdana Keluarga Malaysia. - Foto Bernama

BERA - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama-sama ratusan jemaah menunaikan solat hajat bersempena Program Solat Hajat Perdana Keluarga Malaysia di Masjid Darul Fikri di sini malam Khamis.

Ismail Sabri yang juga calon BN Parlimen Bera tiba di masjid berkenaan kira-kira jam 8.10 malam dengan ditemani ahli keluarga beliau.

Beliau seterusnya menyertai jemaah menunaikan solat Isyak diikuti solat sunat hajat yang dipimpin Imam Satu masjid itu Ahmad Hakim Samsudin.

Usai solat itu, Ismail Sabri meluangkan masa menyantuni jemaah sebelum meninggalkan masjid pada jam 9.10 malam.

Program Solat Hajat Perdana itu diadakan bagi memohon pelindungan ALLAH SWT agar dijauhkan bala bencana dan wabak penyakit, selain memohon doa bagi kelancaran proses Pilihan Raya Umum ke-15 serta memohon keharmonian dan keamanan negara kekal terpelihara.

Proses pengundian bagi PRU15 akan berlangsung Sabtu ini (19 November) seperti yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved