Ismail Sabri Tangguh Rekod Keterangan Dengan SPRM Atas Alasan Kesihatan

LocalPolitics
4 Mar 2025 • 10:19 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ismail Sabri

Proses rakaman keterangan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang sepatutnya berlangsung esok, ditangguhkan atas faktor kesihatan.

Siasatan SPRM ditangguhkan

image is not available

Menurut laporan Harian Metro, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengambil keterangannya pada Jumaat, jam 10 pagi di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

Beliau ada MC (sijil cuti sakit). Penangguhan kerana tahap kesihatan Ahli Parlimen Bera itu yang rendah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki turut mengesahkan penangguhan itu.

Ismail Sabri suspek kes rasuah?

image is not available

Dalam sidang media sebelum ini, Azam Baki mendedahkan bahawa Ismail Sabri adalah suspek dalam siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram.

Setakat ini, 31 saksi sudah memberi keterangan sejak siasatan bermula awal tahun lalu.

SPRM juga menyita wang tunai kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang asing, termasuk Baht, Riyal, Pound Sterling, Won, Euro, Swiss Franc, dan Yuan. Selain itu, sebanyak 16 kilogram jongkong emas bernilai RM7 juta turut dirampas.

Ismail Sabri sebelum ini telah menyerahkan maklumat pengisytiharan harta pada 10 Februari, sebelum keterangannya dirakam pada 19 Februari lalu.

#ApaKataOhmedia

Jika tidak bersalah, lebih baik hadir dan berikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa. Kesihatan penting, tetapi keadilan juga perlu ditegakkan.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: –


The post

appeared first on

.