Ismanira Didapati Bersalah Abai Zayn Rayyan, Laungan ‘Allahuakbar’ Kedengaran Selepas Jatuh Hukum

LocalPolitics
31 Oct 2025 • 12:03 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Jumaat memutuskan bahawa ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, iaitu Ismanira Abdul Manaf, 30, didapati bersalah atas pertuduhan mengabaikan anak autisme itu dua tahun lalu.

Keputusan itu dibacakan oleh Hakim Dr Syahliza Warnoh, yang mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaannya.

Sebaik keputusan diumumkan, Ismanira dilihat berpaling ke arah suami dan keluarganya dari kandang tertuduh, sementara suasana di galeri awam menjadi hiba dengan laungan “Allahuakbar” kedengaran daripada ahli keluarga.

image is not available

Mengikut pertuduhan pindaan, pasangan tersebut didakwa sebagai individu yang mempunyai pemeliharaan terhadap Zayn Rayyan, 6, dan mengabaikannya dengan cara yang boleh menyebabkan kecederaan fizikal.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 12 tengah hari pada 5 Disember 2023 hingga 9.55 malam keesokannya, di kawasan Blok R, Pangsapuri Idaman, Damansara Damai hingga ke kawasan sungai berhampiran.

Sebelum ini, pada 21 Julai lalu, suami tertuduh, Zaim Ikhwan, telah dibebaskan daripada pertuduhan selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.

image is not available

Untuk rekod, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia pada 6 Disember 2023 di anak sungai berhampiran pangsapuri tempat keluarganya menetap — kira-kira 200 meter dari blok kediaman. Kanak-kanak itu sebelum itu dilaporkan hilang dan penemuan jasadnya mengejutkan seluruh negara.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, Aqharie Durranie Aziz dan Kamarul Iman Ahmad Sapian, manakala tertuduh diwakili oleh peguam Haresh Mahadevan, Ramzani Idris dan Lavanesh Haresh. – Sinar Harian

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-10-29 13:49:17

Kes Adik Dikel*r Abang Sendiri: Suspek Mungkin Terpengaruh 'Video Game', Alami Halusinasi - Polis