Israel Arah Penduduk Timur Rafah Berpindah Sebelum Lancar Serangan Besar-Besaran

7 May 2024 • 12:37 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

Penduduk Palestin mula meninggalkan kawasan timur Rafah menuju ke barat wilayah itu selepas diarah untuk segera berbuat demikian oleh tentera rejim Zionis.

Jurucakap rejim mendedahkan kepada media, kira-kira 100,000 penduduk di timur Rafah akan berpindah sebelum serangan besar-besaran dilancarkan ke atas Rafah yang kini dihuni kira-kira 1.5 juta penduduk.

Dalam kenyataan di laman X, tentera rejim memaklumkan, pihaknya akan meneruskan usaha memburu Pejuang Hamas di segenap lokasi di Gaza. Rancangan itu juga katanya telah dimaklumkan kepada Amerika Syarikat.

Dalam pada itu serangan terbaharu ke atas Gaza telah meragut hampir 30 nyawa termasuk lapan kanak-kanak. Sasaran termasuk 11 kediaman di Rafah yang turut mengakibatkan sejumlah penduduk cedera.

Sumber: Buletin TV3 & X

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved