Israel ceroboh lagi Kota Gaza dengan serangan udara

16 Jul 2022 • 2:42 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

BAITULMAQDIS: Israel melancarkan serangan peluru berpandu bertubi-tubi ke Kota Gaza pada pagi Sabtu. Tentera Yahudi mengakui membedil kota Gaza dengan menuduh kononnya sasaran ditujukan ke sebuah kilang pembuatan roket milik Hamas.

image is not available
Kredit foto Anadolu Ajansi – Ali Jadallah

Menurut wartawan Al Jazeera yang melaporkan dari Gaza, Youmna ElSayed, orang ramai dikejutkan dengan bunyi letupan dan lebih sedozen peluru berpandu telah menyasarkan dua lokasi berasingan di wilayah berkenaan.

image is not available
Youmna ElSayed, wartawan Al Jazeera di Gaza

“Tiada korban jiwa dilaporkan tetapi kesan serangan memperlihatkan kerosakan infrastruktur & berlaku kebakaran di tapak sekitarnya. Tapak yang terbakar kebanyakkannya adalah kawasan pertanian.” lapor Youmna.

image is not available
Foto sumber: Day of Palestine

image is not available
Foto sumber: Day of Palestine

Sebelum kejadian, siren telah dibunyikan sebanyak 2 kali sebagai amaran kepada penduduk sekitar tentang serangan roket yang bakal berlaku.

Hamas mengesahkan bahawa pengeboman Israel di Semenanjung Gaza merupakan kesinambungan pencerobohan komprehensifnya terhadap rakyat Palestin, tanah Palestin dan tapak suci di seluruh kawasan Palestin.

Palestin diserang lagi!

Seruan untuk kita membantu saudara Gaza & Palestin tiba lagi.
Kita bantu dengan apa yang terdaya. Bantu dengan doa & harta benda.

MAPIM Malaysia membuka peluang untuk semua bagi membantu rakyat Palestin. Selain doa, rakyat Palestin sangat memerlukan bantuan kewangan.

MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke

ATAU

menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

image is not available