Israel dakwa aktivis terkenal Palestin, Ahed Tamimi ditahan kerana ‘menghasut keganasan’

6 Nov 2023 • 4:57 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Aktivis terkenal Palestin, Ahed Tamimi ditahan dalam serbuan dilancarkan tentera Israel di Tebing Barat atas dakwaan 'menghasut keganasan'.

Jurucakap tentera Israel memberitahu agensi berita AFP bahawa Ahed diserahkan kepada pasukan keselamatan Israel untuk disoal siasat.

Ahed mula dikenali pada 2012 kerana berhadapan dan menentang seorang tentera Israel untuk mempertahankan abangnya.

Dia sebelum ini ditahan pada 2017 selepas video menampar dan menyepak dua tentera Israel di luar rumahnya di kampung Nabi Saleh menjadi viral.

Ahed kemudiannya menjadi ikon perjuangan Palestin dan potret besarnya dilukis di dinding pemisah Israel dengan Tebing Barat di Bethlehem dekat Baitulmaqdis.

Sejak bermulanya konflik Israel-Palestin susulan serangan Hamas pada 7 Oktober lalu ke atas Israel, tentera rejim Zionis menahan rakyat Palestin yang disyaki ada kaitan dengan kumpulan pejuang itu atau 'menghasut keganasan.'

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, dianggarkan lebih 150 penduduk di Tebing Barat terkorban dengan kebanyakannya dibunuh oleh tentera Israel atau pasukan penjajah Israel. - 6 November, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved