Israel Di Kedudukan Terakhir Dalam Indeks Jenama Negara Dunia 2025

WorldPolitics
27 Dec 2025 • 2:17 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Israel Di Kedudukan Terakhir Dalam Indeks Jenama Negara Dunia 2025

Israel dilaporkan menduduki tempat terakhir dalam Indeks Jenama Negara (Nation Brands Index, NBI) 2025, untuk tahun kedua berturut-turut, menurut data dikeluarkan oleh BrandIL, seperti dilapor Roya News.

Kajian NBI menilai reputasi sesebuah negara berdasarkan beberapa aspek utama termasuk pelancongan, budaya, rakyat, tadbir urus, kemasukan pendatang serta eksport.

Berdasarkan laporan tersebut, Jepun, Jerman, Kanada, Itali, Switzerland dan Britain berada di kedudukan teratas. Israel pula berada di bawah beberapa negara lain seperti India, Kenya, Rusia, Ukraine dan Namibia.

Laporan itu turut mendedahkan penurunan 6.1 peratus dalam skor keseluruhan Israel berbanding tahun 2024, dengan kedudukan paling rendah dicatatkan dalam aspek eksport dan produk.

Penganalisis mengaitkan penurunan itu dengan kecaman global terhadap perang di Gaza, selain perubahan persepsi terhadap rakyat Israel di luar negara.

BrandIL turut memberi amaran bahawa kejatuhan reputasi ini berpotensi memberi kesan ekonomi yang lebih besar kepada Israel.

Antara kesannya termasuk pengurangan pelaburan asing, penurunan sektor pelancongan serta penghakisan kepercayaan antarabangsa.

Selain itu, tindakan boikot terhadap produk “Made in Israel” juga dilaporkan terus berlaku di seluruh dunia.

Sumber: Roya News

The post Israel Di Kedudukan Terakhir Dalam Indeks Jenama Negara Dunia 2025 appeared first on Siakap Keli.