
Israel Dilapor Lancar Serangan Terhadap Iran
Israel dilapor telah melancarkan serangan terhadap Iran, dipercayai sebagai tindak balas kepada serangan dilancarkan Iran minggu lepas.
Menurut AFP, media Amerika Syarikat (AS), ABC dan CBS yang memetik sumber pegawai kerajaan AS melaporkan serangan itu dilancarkan pada awal pagi Jumaat, waktu Timur Tengah.
Bagaimanapun, tiada sebarang komen diberikan oleh wakil Pentagon atau Rumah Putih setakat ini.
Sementera itu, sistem pertahanan udara yang terletak di beberapa buah bandar di Iran dilapor telah diaktifkan selepas agensi penyiar rasmi negara itu melaporkan insiden letupan kedengaran berdekatan bandar Isfahan.
Terdahulu, Israel memberi amaran pihaknya akan bertindak balas selepas Iran melancarkan serangan melibatkan ratusan misil dan dron terhadapnya pada minggu lepas.
Tindakan oleh Iran itu berlaku selepas serangan ke atas pejabat konsulatnya di Damsyik, Syria sebelum ini. Iran mendakwa Israel bertanggungjawab atas serangan tersebut.
Sumber: AFP
The post Israel Dilapor Lancar Serangan Terhadap Iran appeared first on Siakap Keli.




