Israel Godam Aplikasi Waktu Solat Iran Untuk Meminta Tentera Menyerah Diri

WorldPolitics
2 Mar 2026 • 10:50 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Serangan ke atas Iran yang dilakukan Amerika Syarikat dan Israel hujung minggu lalu telah menyebabkan ratusan kematian termasuk pemimpin tertinggi Ali Hosseini Khamenei dan kanak-kanak sekolah. Ia telahpun menerima kecaman Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan pagi ini beberapa maklumat mengenai serangan haram ini mula didedahkan kepada umum.

image is not available

Aplikasi waktu solat BadesSaba telah digodam oleh Israel dengan ia memaparkan notifikasi meminta anggota tentera untuk meletakkan senjata. Ia juga meminta anggota tentera melawan kerajaan dan membantu penyokong anti kerajaan yang ingin menggulingkan pucuk pimpinan negara. Anggota yang belot dijanjikan pengampunan sekiranya kerajaan berjaya dijatuhkan.

Laman web BadeSaba juga telah digodam untuk memaparkan notifikasi yang serupa. BadeSaba menjadi sasaran godam Israel kerana ia mempunyai lebih 5 juta pengguna dengan majoritinya dari Iran. Selain BadeSaba, laman milik kerajaan dan tentera Iran juga digodam bagi melumpuhkan koordinasi.

Sejurus selepas diserang Sabtu lalu, rangkaian internet di Iran telah disekat bagi mengelakkan lebih banyak serangan siber dilakukan.