Israel menyerang penduduk Palestin di kawasan kejiranan Baitul Maqdis

13 Oct 2022 • 5:18 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

Oleh : Noorielyana – Wartawan Pelatih Ummah Today

AL-BIREH : Pasukan pendudukan israel menyerang rakyat Palestin yang membantah pengepungan israel ke atas kem pelarian Shufat dan bandar Anata berdekatan, timur laut Baitul Maqdis, untuk hari kelima berturut-turut.

Pertempuran tercetus di bandar al-Ram, utara Baitulmaqdis, ketika tentera israel menyerang penunjuk perasaan dengan gas pemedih mata, bom tangan mengejut, dan peluru keluli bersalut getah.

image is not available

Pertempuran itu berlaku berhampiran pintu masuk utara ke bandar al-Bireh di pusat pemeriksaan DCO di mana seorang ditembak dengan peluru hidup di kaki.

Manakala, seorang pemuda berusia 22 tahun terkena peluru di mata dan memerlukan pemindahan untuk mendapatkan rawatan. Perkara ini berlaku selepas tentera israel menyerang warga Palestin yang bertempur di pintu masuk utara ke Bethlehem sebagai protes terhadap tindakan tentera israel.

image is not available

MASA UNTUK BERTINDAK!

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan.

Klik :

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini