Israel Mulakan Operasi Tentera Darat Di Selatan Lubnan, Sasar Hezbollah

WorldPolitics
1 Oct 2024 • 10:07 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Israel secara rasmi memulakan operasi darat di selatan Lubnan awal pagi Selasa, dengan sasaran terarah kepada kumpulan Hezbollah.

Dalam kenyataan di laman sosial X, rejim Zionis menyatakan serangan itu adalah terhad dan setempat.

Sasaran yang terletak berhampiran sempadan menimbulkan ancaman segera kepada masyarakat Israel.- Katanya.

Israel turut menjelaskan bahawa Tentera Udara Israel dan Artileri IDF memberi sokongan kepada tentera darat dengan “serangan tepat ke atas sasaran di kawasan itu.”

Serangan intensif Israel ke atas Hezbollah di Lubnan dan Houthi di Yaman telah menimbulkan kebimbangan antarabangsa.

Ramai bimbang bahawa pertempuran ini boleh menjadi lebih besar dan melibatkan kuasa besar seperti Iran dan Amerika Syarikat (AS), sekutu utama Israel.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Astro Awani


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved